Novel by local which telling the life story in Sebatik
According to Nur Mustika:
Ini kisah saya, Ain Nur dan Pulau Sebatik. Pulau yang
terpencil, kaya cerita mitos, budaya sekaligus unik. Sesiapa yang tidak pernah
dengar tentang pulau ini, pulau ini terletak di penghujung bahagian Tanah
Borneo dan geografi Pulau Sebatik terbelah kepada dua buah Negara, Malaysia dan
Indonesia. Aneh dan menarik, bukan?
Saya mahu pulang ke Pulau Sebatik. Sudah tiga semester
pengajian saya tidak pulang. Saya sungguh rindukan pulau yang terpencil itu,
pulau yang menjadi saksi sejarah penubuhan Malaysia selepas konfrontasi
Malaysia-Indonesia, pulau yang menyimpan memori zaman kanak-kanak saya.
No comments:
Post a Comment